Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan amnya untuk pelajar Tingkatan 2 serta Tingkatan 3 yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah.
Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini.



Bab 1 : Sejarah Dan Kita


Sumber Sejarah

1) Sumber Pertama/Sumber Primer
  •       Sumber yang belum diolah & dicetak
  •       Bahan dalam bentuk kertas, fosil , artifak & lisan
  •       Bersifat asli & belum ditafsir
  •       Contoh : Fail rasmi jabatan, Surat peribadi, diari,  manuskrip yang 
                                belum dicetak & batu bersurat. 


Surat
Diari

Fosil












 2) Sumber Kedua/Sumber Sekunder

  •       Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis 
  •       Ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
  •       Bahan yang telah diolah, dicetak & disebarkan kepada umum 
  •       Contoh : Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah 
                                & laporan tahunan jabatan



Buku



Akhbar


Ensiklopedia










Fosil : Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau 

Artifak :Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak, pisau & pinggan 
                 mangkuk   

Manuskrip : Naskhah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis 
                          untuk dicetak &  diterbitkan.


Kaedah Pengkajian Sejarah

1) Kaedah Lisan 
  • Maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan & perbualan.
  • Dipengaruhi oleh unsur tokok tambah, dongeng, mitos & lagenda.      
  • Sejarawan akan memilih, mentafsir & mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat. 
  • Peralatan : Televisyen, pita video, cakera padat, radio & pita rakaman
  • Kaedah ini dikenali sebagai kaedah pandang dengar.

2) Kaedah Bertulis
 
- Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, dipahat pada batu, 
   dinding gua, kulit kayu, logam, gading & kertas.

- Sumber-sumber yang ditulis & dilakar ini membantu sejarawan memperoleh maklumat 
   mengenai sesuatu perkara, peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan & adat 
   resam.
  
 3) Kaedah Arkeologi

  •  Mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik 
  •  Cabang-cabang Arkeologi : Angkasa Lepas, Gali cari, Maritim, 
                                                         : Kaedah saintifik mendapatkan ketepatan usia 
                                                            bahan tinggalan sejarah, Pentarikhan radio 
                                                            karbon.