Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan amnya untuk pelajar Tingkatan 2 serta Tingkatan 3 yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah.
Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini.



Bab 4 : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


Faktor Melaka dipilih menjadi sebuah kerajaan
  • Bekalan air senang diperolehi.
  • Bentuk muka bumi berbukit bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan selat lebih mudah dikawal.
  • Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semulajadi.
  • Muara sungai terlindung daripada tiupan angin monsun

Asal-usul Nama Melaka
  1. Sejarah Melayu

    Pokok Melaka
    • Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
    • Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri
     
Parameswara

2. Istilah Arab
  1. Mulaqah, Malakat
    • Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
    • Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
    • Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'
  2. Mitos Hindu Karya Skanda Purana 
          (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka