Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan amnya untuk pelajar Tingkatan 2 serta Tingkatan 3 yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah.
Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini.



Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 

Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
 
  • Melaka diasaskan Parameswara, seorang putera raja yang berasal dari Pelembang, Timur Sumatera (1400)
  • Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
  • Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
  • Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
  • Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit
  • Parameswara telah lari ke Temasik

Parameswara di Temasik
  • Parameswara bersama pengikutnya, orang laut berundur ke Temasik (Singapura) setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit
  • Pemerintah Temasik, Temagi seorang wakil kerajaan Siam telah meyambut Parameswara dengan baik
  • Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik
  • Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya dan Parameswara menuntut hak pertuanannya
  • Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
  • Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar

Kedatangan Parameswara
  • Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
  • 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam
  • Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
  • Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
  • Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
  • Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut