Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan amnya untuk pelajar Tingkatan 2 serta Tingkatan 3 yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah.
Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini.



Bab 3: Kerajaan Awal Di Asia Tenggara


Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
 

Kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu :
      a) Kerajaan agraria   - Funan dan Angkor
      b) Kerajaan maritim - Champa, Srivijaya, Majapahit, Kedah Tua 
                                                    dan Chih Tu


Kerajaan Agraria
  •  Terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada pertanian.
  •  Terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.
  •  Kerajaan Funan dan kerajaan Angkor - terletak di Lembah Mekong


Kerajaan Funan
Kerajaan Funan


 
Kerajaan Angkor
Kerajaan Angkor





  •  Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah :
             -  Mengutip hasil hutan
             -  Berburu
             -  Menangkap ikan  
  • Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan menternak binatang
  • Hasil utama pertanian - ubi taro, padi huma dan padi sawah
  • Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan 
        - membina empangan dan terusan untuk mengairi kawasan pertanian sawah padi
  • Raja atau pemerintah bertanggungjawab membina terusan dan menguruskan sistem pengairan yang dibina
  • Pertanian - sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini


Kerajaan Maritim
  • Terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan yang        berkaitan dengan laut seperti perdagangan.
  • Sungai dan laut dijadikan sistem perhubungan utama                                                          
                   - munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam kegiatan perdagangan
  • Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan kemudahan 
                   - bekalan air
                   - tempat menyimpan barang 
                   - pasar atau kawasan jual beli
  • Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar
  • Kerajaan maritim terkenal sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan :
                    - Cih Tu
                    - Champa 
                    - Kedah Tua
  • Kerajaan maritim terkenal sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa :
                    - Srivijaya


Kerajaan Maritim


Kerajaan Champa
Kerajaan Srivijaya

  • Pedagangan meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan antarabangsa dan entrepot
  • Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
  • Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah :
                     - hasil hutan
                     - rempah ratus
                     - ubat-ubatan 
                     - damar, gaharu dan cendana

          * Diperlukan pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah
          * Dijual dengan harga yang mahal
          * Aktiviti perdagangan bercorak antarabangsa
  • Masyarakat maritim mahir dalam teknologi pembinaan kapal