Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan amnya untuk pelajar Tingkatan 2 serta Tingkatan 3 yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah.
Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini.



Bab 3 : Kerajaan Awal di Asia Tenggara

Kerajaan-kerajaan Agraria

Kerajaan Angkor

Pengasasan

  • Abad ke-7 masihi
  • Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai Mekong

  Pemerintahan

  • Raja dibantu oleh kerabatnya yang menjalankan tugas pentadbiran
  • Zaman kegemilangan-Raja Suryavarman
  • Raja dianggap Devaraj yang berkuasa mutlak

  Ekonomi

  • Kawasan pertanian utama terletak di sekitar Tasik Tonle Sap 

Peta Tasik Tonle Sap
Tasik Tonle Sap
                  

                  - Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian
                  - Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun
                  - Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan 
                     sekitar tasik
                  - Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi 
                     yang lain
                  - Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk

  • Membina ‘Baray’ untuk kemudahan sistem pertanian
                 - Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter padu air
                 - Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah


Agama

  • Hindu dan Buddha



                 - Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh 
                    kerajaan  Angkor


Angkor Wat

Pelabuhan

  • Masih belum wujud