Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan amnya untuk pelajar Tingkatan 2 serta Tingkatan 3 yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah.
Semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini.



Latihan Bab 2


1.          Zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Namun demikian, Malaysia hanya mengalami tiga zaman. Zaman apakah yang tidak dialami di Malaysia

A.       Zaman Paleolitik
B.        Zaman Mesolitik
C.        Zaman Neolitik
D.        Zaman Logam

2.        Berdasarkan senarai di bawah susunkan zaman prasejarah yang dilalui oleh 
           Malaysia mengikut urutan yang betul
I        Zaman Paleolitik
II      Zaman Mesolitik
III    Zaman Neolitik
IV     Zaman Logam

A.        I, II dan III
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        II, III dan IV

3.          Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik. Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik

A.        Perjumpaan tulisan di gua
B.        Penemuan perahu prasejarah
C.        Penemuan alat batu Haobinh di Perak
D.        Penemuan alat pemujaan

4.         Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mula 

            menggunakan peralatan batu untuk kehidupan hariannya. Pada pendapat 
            anda, bagaimanakah kita boleh mengetahunya?
5.         Berdasarkan senarai di bawah
*Batu Tembikar
*Serpihan tulang
*Batu-batan yang dibina


Sepasukan ahli arkeologi telah menemui bahan-bahan di atas dalam usaha mereka mengesan perkembangan tamadun awal manusia. Apakah panggilan barangan di atas?

A.        Upacara perkuburan
B.        Animisme
C.        Artifak
D.        Perak Man

6.         Zaman paleolitik dipercayaibermula 200 000 tahun hingga 300 000 tahun dahulu. 

            Antara berikut yang manakah menerangkan tentang Zaman Paleolitik?

7.         Soalan 7 Berdasarkan pernyataan di bawah
            *******************************************
                Mereka menjalankan adat pengebumian
                 dengan disertakanmakanan atau alat-alat batu
            *******************************************
           Pernyataan di atas merujuk kepada situasi kehidupan masyarakat 


              A.        Zaman Paleolitik
              B.        Zaman Mesolitik
              C.        Zaman Neolitik
              D.        Zaman Logam

8.         Ahli arkeologi mendapat lukisan dan peralatan telah dijumpai di gua-gua yang  

            dikaitkan dengan masyarakat pada zaman Paleolitik. Di manakah lokasi gua-gua 
            tersebut?
I       Kota Tampan, Perak
II      Gua Niah, Sarawak
III    Tingkayu, Sabah
IV     Bukit Bunuh, Perak

A.        I, II dan III
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        I, II, III dan IV

9.         Berdasarkan pernyataan di bawah

            
           ******************************************************************
               Perak Man atau orang Perak ialah rangka manusia
               tertua telah ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990
  


            ******************************************************************                                                  
            Apakah kesan penemuan tersebut?
            
           A.        Orang Perak adalah masyarakat pertama menetap di Tanah Melayu
           B.        Kebanyakan orang Perak suka tinggal di gua-gua
           C.        Ahli arkeologi seluruh dunia mula memberi perhatian tentang Zaman Paleolitik 

                      di Malaysia
           D.       Orang Perak terkenal di kalangan ahli arkeologi di seluruh dunia

10.       Masyarakat Zaman Paleolitik tinggal di dalam gua batu kapur yang berhampiran 
             dengan tasik. Mengapakah kawasan tersebut dipilih?
I         Mudah mendapatperlindungan daripada cuaca buruk dan binatang buas
II       Mudah mendapat bekalan air dan makanan seperti ikan
III      Mudah untuk memburu binatang yang banyak terdapat di sekeliling gua
IV       Mudah untuk menjalankan hubungan perdagangan

A.        I, II dan III
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        II, III dan IV


11.       Masyarakat Paleolitik mempercayaan kepada kepercayaan animisme. 

            Bagaimanakah kepercayaan ini diamalkan?


12.       Masyarakat awal yang menetap di gua telah menjalankan pelbagai kegiatan 

            untuk menyara hidup mereka.Apakah kegiatan yang dijalankan oleh 
            masyarakat ini?
I Menternak binatang dan ikan
II Menanam pokok
III Memburu
IV Memungut hasil hutan

A.        I dan II
B.        I dan III
C.        II dan III
D.        III dan IV

13.      Soalan 13 berdasarkan pernyataan di bawah
*****************************************
     Mula menetap di satu-satu tempat

     Mempunyai pemimpin

     Mengamalkan pembahagian kerja
*****************************************
Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada ciri penempatan masyarakat yang dimaksudkan?

A.        Masyarakat Zaman Paleolitik

B.        Masyarakat Zaman Mesolitik

C.        Masyarakat Zaman Neolitik

D.        Masyarakat Zaman Logam


14.       Apakah antara kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan Zaman Neolitik?
I    Memungut hasil hutan

II   Menangkap ikan dan menternak binatang

III  Memakan tumbuhan liar

IV   Bercucuk tanam



A.        I, II dan III

B.        I, II dan IV

C.        I, III dan IV

D.        II, III dan IV

 15.       Selain daripada peralatan batu, apakah penggunaan lain yang digunakan dalam kehidupanseharian masyarakat Zaman Neolitik?

A.        Tanah liat

B.        Logam

C.        Gangsa

D.        Batu tajam

16.       Soalan 16 Berdasarkan pernyataan di bawah
            ************************************
      Penggunaan batu
                  Penggunaan tembikar
                  Bercucuk tanam
                  Menetap di suatu tempat
                  Sara diri
                  Perdagangan
              ***********************************

Pernyataan di atas dikaitkan dengan Zaman Neolitik. Apakah yang berlaku pada Zaman Neolitik berdasarkan pernyataan tersebut?

A.        Zaman Neolitik dikatakan sebagai zaman perubahan teknologi daripada Zaman Paleolitik

B.        Masyarakat pada Zaman Neolitik tidak suka cara hidup masyarakat Zaman Paleolitik

C.        Masyarakat Zaman Neolitik mempunyain cara hidup yang berbeza

D.        Masyarakat Zaman Neolitik telah berpindah ke tempat-tempat lain


17.       Di manakah lokasi penempatan masyarakat Zaman Neolitik?
I      Sungai Tembeling, Pahang

II     Gua Cha, Perak

III    Bukit Tengkorak, Sabah

IV     Gua Niah, Sabah

A.        I dan II

B.        I dan III

C.        II dan III

D.        III dan IV

18.       Selain daripada mencipta tembikar untuk kegunaan harian, masyarakat Zaman Neolitik juga mencipta barang-barang kemas seperti

I     anting-anting

II    kalung

III   gelang

IV    mahkota

A.        I, II dan III
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        II, III dan IV

19.       Pengkaji sejarah telah menemui peralatan            
 

            tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga.
 
Apakah kesimpulan hasil penemuan di atas?

A.        Peralatan tersebut digunakan oleh masyarakat Neolitik
B.        Masyarakat Mesolitik telah membina rumah sendiri
C.        Peralatan tersebut digunakan dalam amalan pemujaan oleh masyarakat Logam
D.        Masyarakat Paleolitik menggunakan peralatan tersebut untuk pertanian


20.       Berdasarkan senarai di bawah
            Beliung >>>>>> Peralatan Zaman Neolitik

Peralatan di atas digunakan oleh masyarakat Zaman Neolitik. Apakah kegunaan peralatan tersebut

A.        Untuk mengupas buah
B.        Untuk membina rumah
C.        Untuk menggali tanah dan mengetam kayu
D.        Untuk memburu binatang

21.       Penemuan alat-alat daripada batu dan logam seperti kapal, cangkul, pisau 
            dan tajak amat penting dalam sejarah tanah air. Pada pendapat anda 
            mengapakah penemuan tersebut penting
22.       Beberapa bahan sejarah telah ditemui oleh ahli arkeologi iaitu seperti kubur 
             berbentuk kepingan batu. Apakah andaian yang boleh dibuat hasil penemuan 
             tersebut?

23.       Berdasarkan senarai di bawah
Sungai Tembeling

Gua Harimau

Changkat Menteri
Ahli-ahli sejarah telah menemui beberapa bahan sejarah di lokasi-lokasi di atas. Apakah andaian mereka tentangbahan-bahan tersebut?

A.        Bahan tersebut digunakan pada Zaman Logam
B.        Bahan tersebut digunakan pada Zaman Neolitik
C.        Bahan tersebut digunakan pada Zaman Mesolitik
D.        Bahan tersebut digunakan pada Zaman Paleolitik   

24.       Peralatan seperti kapak, tulang mawas, sabit, pisau dan mata 
             kambing yang ditemui oleh pengkaji sejarah.Apakah pandangan ahli 
             sejarah hasil penemuan tersebut?

A.       Peralatan tersebut digunakan oleh masyarakat Zaman Mesolitik
B.        Peralatan daripada logam yang digunakan oleh masyarakat Zaman Logam
C.        Peralatan yang dibuat daripada kayu keras oleh masyarakat Zaman Neolitik
D.        Peralatan peperangan pada Zaman Logam

25.       Menurut pengkaji sejarah. Zaman Logam bermula 4000 tahun dahulu. Apakah 

             antara ciri-ciri masyarakat ini?

             I     Menghasilkan logam daripada gangsa dan besi
II    Bercucuk tanam

III   Hidup menetap

IV    Perdagangan secara tukar barang

A.        I, II dan III

B.        I, II dan IV

C.        I, III dan IV

D.        II, III dan IV


26.       Apakah ciri-ciri kepercayaan Zaman Logam
I    Mempunyai kepercayaan tertentu

II   Mempunyai peganan hidup tertentu

III Mayat dikuburkan bersama sama alat-alat dan makanan

IV  Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu
A.        I, II dan IV
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        I, III dan IV
  
27.       Apakah ciri-ciri penempatan masyarakat Zaman Logam?
I      Hidup menetap
II    Mempunyai adat resam
III   Ada yang tinggal di gua
IV   Hidup berpindah randah

A.        I, II dan III
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        II, III dan IV


28.       Masyarakat Zaman Logam telah dianggap masyarakat yang bertamadun. 

             Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
I    Mereka hidup secara menetap
II  Tinggal berhampiran dengan sungai dan laut
III Kegiatan utama bercucuk tanam, menengkap ikan, menternak dan berdagang
IV  Menggunakan peralatan batu yang lebih baik

A.        I, II dan III
B.        I, II dan IV
C.        I, III dan IV
D.        II, III dan IV


30.       Apakah kebaikan yang kita peroleh melalui kajian zaman prasejarah yang telah 

             kita pelajari


 31.       Perubahan yang dialami oleh masyarakat prasejarah iaitu bermula Zaman 
              Logam memperlihatkan kegigihan masyarakat dahulu untuk terus berusaha. 
              Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada kegigihan mereka



No comments: